Our social:

Friday, 26 July 2013

Telur Putih Dan Kelebihannya


Ramai yang suka menjadikan telur rebus atau telur goreng sebagai hidangan lauk untuk juadah makanan mereka. Tidak lupa juga bagi penggemar sarapan pagi digreai mamak dan sebagainya, telur separuh masak mesti menjadi pilihan hati.


Apa kelebihannya telur ini? 

Adakah ia memberi kesan buruk untuk jangka panjang atau sebagainya.
Keburukan memakan telur secara berlebihan seringkali diperdebatkan. Perkara paling utama dan hangat dikatakan adalah ianya dapat meningkatkan kadar kolesterol tubuh badan anda.


Komposisi sebiji telur rebus

Kajian menunjukkan bahawa manusia hanya memerlukan 300mg kolesterol dlm tubuh badan. Oleh itu, kita harus tahu jumlah anggaran sebiji telur dan komposisinya. Untuk pengetahuan ramai, sebiji telur mengandungi anggaran 210mg kolesterol.

Banyak bukan?
Akan tetapi jika dibuang kuning telur, dan hanya makan putih telur ia dapat mengurangkan kadar koleterol dan hypertension kerana putih telur hanya mengandungi kolesterol yang sedikit dan tinggi dengan nilai protein. Jumlah anggaran protein putih telur adalah lebih kurang 7g dan ia mengandungi protein yang tulen dan tidak mempunyai lemak.  Dan ini hanya jika telur itu direbus. Akan tetapi jika dimasak dengan minyak atau butter, jumlah kalori nya akan berbeza kerana telah dimasak dengan minyak yang kita tahu mempunyai kalori juga.


Dapat mengurangkan jumlah kalori

Ya, dengan mengasingkan putih telur dengan kuning telur, anda dapat mengurangkan jumlah kalori harian. Anggaran kalori bagi telur rebus adalah 90 kalori. Dan apabila anda memakan putih telur sahaja, anda telah membuang lebih kurang 70 kalori daripada telur tersebut. Hal ini kerana, putih telur hanya mengandungi 20 kalori. Selain daripada itu, putih telur amat tinggi dengan nilai protein yang tulen malah ianya kurang berlemak.

Selain daripada itu, putih telur juga kaya dengan folat, thiamine, fosforus, B6, zink, asid panthothenic, kalsium, dan B12. Anda juga mendapat vitamin penuh seperti A, E, D dan K dari putih telur. Putih telur adalah sumber rendah lemak, sama ada ia adalah politaktepu, monotaktepu, atau tepu.

Selain daripada itu, ia juga dapat mempercepatkan proses regenerasi pada kulit wajah anda dimana anda boleh sapukan putih telur di muka anda selama 30 minit, dan basuh dengan air hangat. Oleh itu, selain dengan khasiat yang elok untuk mengurangkan berat badan, putih telur juga dapat membantu dalam mencantikkan kulit wajah anda. Protein dalam putih telur dapat membantu melembabkan kulit wajah anda.




Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com

0 comments:

Post a Comment