8 Rahsia Cuka Epal
Selama ini banyak orang yang meremehkan cuka kerana
baunya yang tidak sedap. Sedangkan ianya mempunyai khasiat yang sangat besar
untuk kesihatan. Malah, Rasululullah SAW amat menyukainya.
Suatu ketika Rasulullah SAW mengajak Jabir bin
Abdullah ke rumahnya. Tatkala telah sampai, baginda bertanya: “Apakah ada
makanan untuk makan siang atau makan malam?” Lalu Thalhah mengeluarkan potongan
roti. Baginda bertanya, “Apakah ada lauknya?” Thalhah menjawab, tidak ada
kecuali hanya sedikit cuka. Baginda berkata lagi, “Tolong bawalah ke sini,
kerana cuka adalah lauk yang paling baik.”
Jabir berkata, “Saya menyukai cuka sejak saya
mendengarnya daripada Rasulullah.” Thalhah berkata, “Saya menyukai cuka sejak
saya mendengar dari Jabir. (Riwayat Ahmad)
Ternyata cuka telah dikenali sejak ribuan tahun yang
lalu. Cuka boleh dihasilkan daripada fermentasi buah yang kaya dengan gula
seperti epal, kurma, anggur merah, malt, dan beras.
Disebabkan khasiatnya begitu besar, cairan ini
termasuk minuman yang disukai para nabi. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa
Rasulullah SAW pernah berdoa, “Ya Allah berkahilah cuka kerana ia adalah
makanan para Nabi sebelumku” (Riwayat Ibnu Majah )
Cuka Epal
Cuka epal atau apple cider bukan sahaja dapat
membantu kita untuk kurus. Ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan
kecantikan. Sudah pasti kosnya sangat jimat untuk membantu kita mengatasi
masalah kolestrol dan memecahkan molekul lemak di dalam badan. Selain itu, ia
kaya dengan zat besi, sodium, kalsium, magnesium dan ia juga mengandungi lecithin.
Cuka epal memang sudah diketahui mengandungi pelbagai
khasiat kesihatan sejak dulu. Cuka epal dihasilkan melaui proses penapaian di
mana gula di dalam buah epal dipisahkan oleh bakteria. Kemudian raginya yang
bewarna kuning keemasan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka ini juga popular
digunakan dalam masakan. Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak
langsung membantu proses
penurunan berat badan.
penurunan berat badan.
2. Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan
masalah kesihatan
seperti alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan
mahupun persekitaran. Ia bagus untuk menyembuh jangkitan sinus,
selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan, sakit ulu hati, sakit tekak,
dermatitis, artritis, gout, dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
seperti alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan
mahupun persekitaran. Ia bagus untuk menyembuh jangkitan sinus,
selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan, sakit ulu hati, sakit tekak,
dermatitis, artritis, gout, dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
3. Membantu meningkat kadar metabolisme badan. Dengan
itu kadar
pembakaran lemak menjadi lebih cepat dari biasa. Ia juga memberikan
anda lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.
pembakaran lemak menjadi lebih cepat dari biasa. Ia juga memberikan
anda lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.
4. Membantu menurunkan kadar kolestrol dan kadar
triglyceride dalam badan
yang disebabkan pengumpulan lemak.
yang disebabkan pengumpulan lemak.
5. Sebagai tambahan, jika cuka epal diambil setengah
jam sebelum makan.
Akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.
Akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.
6. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan
keletihan akibat
bersenam
bersenam
7. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
8.
Membersihkan buah pinggang.
Kepada mereka yang tidak
mempunyai masalah berat badan, anda jangan risau cuka epal ini tidak akan
membuatkan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal adalah
lemak bukannya tisu otot.