Our social:

Thursday, 2 June 2016

8 Rahsia Cuka Epal



Selama ini banyak orang yang meremehkan cuka kerana baunya yang tidak sedap. Sedangkan ianya mempunyai khasiat yang sangat besar untuk kesihatan. Malah, Rasululullah SAW amat menyukainya.

Suatu ketika Rasulullah SAW mengajak Jabir bin Abdullah ke rumahnya. Tatkala telah sampai, baginda bertanya: “Apakah ada makanan untuk makan siang atau makan malam?” Lalu Thalhah mengeluarkan potongan roti. Baginda bertanya, “Apakah ada lauknya?” Thalhah menjawab, tidak ada kecuali hanya sedikit cuka. Baginda berkata lagi, “Tolong bawalah ke sini, kerana cuka adalah lauk yang paling baik.” 

Jabir berkata, “Saya menyukai cuka sejak saya mendengarnya daripada Rasulullah.” Thalhah berkata, “Saya menyukai cuka sejak saya mendengar dari Jabir. (Riwayat Ahmad)

Ternyata cuka telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu. Cuka boleh dihasilkan daripada fermentasi buah yang kaya dengan gula seperti epal, kurma, anggur merah, malt, dan beras. 

Disebabkan khasiatnya begitu besar, cairan ini termasuk minuman yang disukai para nabi. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa, “Ya Allah berkahilah cuka kerana ia adalah makanan para Nabi sebelumku” (Riwayat Ibnu Majah )

Cuka Epal 

Cuka epal atau apple cider bukan sahaja dapat membantu kita untuk kurus. Ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan. Sudah pasti kosnya sangat jimat untuk membantu kita mengatasi masalah kolestrol dan memecahkan molekul lemak di dalam badan. Selain itu, ia kaya dengan zat besi, sodium, kalsium, magnesium dan ia juga mengandungi lecithin.

Cuka epal memang sudah diketahui mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak dulu. Cuka epal dihasilkan melaui proses penapaian di mana gula di dalam buah epal dipisahkan oleh bakteria. Kemudian raginya yang bewarna kuning keemasan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka ini juga popular digunakan dalam masakan. Antara khasiat cuka epal ialah:

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses
    penurunan berat badan.
2. Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan
    seperti alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan
    mahupun persekitaran. Ia bagus untuk menyembuh jangkitan sinus,
    selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan, sakit ulu hati, sakit tekak,
    dermatitis, artritis, gout, dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
3. Membantu meningkat kadar metabolisme badan. Dengan itu kadar
    pembakaran lemak menjadi lebih cepat dari biasa. Ia juga memberikan
    anda lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.
4. Membantu menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan
    yang disebabkan pengumpulan lemak.
5. Sebagai tambahan, jika cuka epal diambil setengah jam sebelum makan.
    Akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.
6. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat
    bersenam
7. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
8. Membersihkan buah pinggang. 

Kepada mereka yang tidak mempunyai masalah berat badan, anda jangan risau cuka epal ini tidak akan membuatkan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal adalah lemak bukannya tisu otot.


0 comments:

Post a Comment