Our social:

Saturday, 4 May 2013

Ekonomi Premium kasar insurans am cecah RM15.18b tahun lalu

Industri insurans am mencatatkan pertumbuhan premium kasar 8.2 peratus tahun lalu kepada RM15.18 bilion, berbanding pertumbuhan sebanyak 7.85 peratus yang dicatatkan pada 2011.

Perangkaan yang dilaporkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-35 baru-baru ini mendapati premium bersih berkembang 8.3 peratus kepada RM10.53 bilion.
PIAM dalam kenyataannya semalam berkata dari segi penguasaan, insurans motor menguasai 46.4 peratus pasaran insurans am tempatan, diikuti insurans kebakaran sebanyak 16.4 peratus.


Menurut PIAM, perniagaan kelas motor dan kebakaran masing-masing mencatatkan kenaikan premium kasar sebanyak 9.3 peratus dan 7.2 peratus kepada RM6.98 bilion dan RM2.57 bilion tahun lalu.

“Perniagaan kelas Kontraktor Semua Risiko dan Kejuruteraan juga mencatatkan peningkatan sebanyak 16.4 peratus untuk premium kasarnya mencecah RM610 juta pada 2012 berbanding RM524 juta pada 2011.

Bagaimanapun, PIAM berkata, Nisbah Tuntutan Ditanggung Bersih (NCIR) keseluruhan menunjukkan penurunan apabila pertumbuhannya susut kepada 57.1 peratus berbanding 60.7 peratus pada 2011.

“Pertumbuhan keseluruhan NCIR insurans motor susut sedikit kepada 72.8 peratus tahun lalu berbanding 76.8 peratus pada 2011, manakala pertumbuhan insurans perubatan dan kemalangan peribadi masing-masing jatuh kepada 55.6 peratus serta 28.9 peratus,” katanya.

Laporan Tahunan 2012 PIAM juga mendapati pertumbuhan NCIR bagi perlindungan ‘Akta Motor’, iaitu perlindungan bagi kecederaan badan dan tanggungan kematian wajib pihak ketiga susut kepada 262.1 peratus tahun lalu berbanding 287.58 peratus pada 2011.

Sumber: BHarian

0 comments:

Post a Comment