Maklumat Asas Berkaitan Takaful dan Pilihan Perlindungan
Apa itu Takaful
Takaful boleh disimpulkan sebagai salah satu konsep insuran, berlandaskan perbankan islam. Takaful menerapkan kerjasama, perlindungan dan jaminan antara para peserta.Ciri-ciri takaful
- Berlandaskan perbankan islam
- Tiada unsur maisir (judi)
- Tiada unsur riba
- Tiada unsur gharar (ragu-ragu)
Takaful adalah konsep berasaskan fiqh-muamalat berlandaskan syariah islam. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.
Keistimewaan Takaful ialah amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang bebas daripada sebarang
- Unsur Riba (faedah)
- Maisir (perjudian)
- Gharar (tidak jelas).
- Takaful Keluarga (melindungi individu dan sekeluarga)
- Takaful Perniagaan (perancangan perlindungan syarikat dan kesinambungan dalam aktiviti perniagaan)
- Takaful Perubatan (melindungi keluarga dari kos perubatan hospita)
- Takaful Pendidikan (perlindungan dan pelan perancangan pendidikan)
- Takaful Kemalangan diri (perlindugan dari kemalangan)
Bagaimana Memilih Pelan Perlindungan Takaful ( Takaful Insurance)
Banyak faktor perlu diambil kira dalam membuat pemilihan perlindungan takaful ( takaful insurance) Keperluan dan kehendak akan sentiasa berubah. Tiada sesuatu yang muktamad dalam pemilihan perlindungan takaful ( Takaful Insurance) namun panduan asas ini harap dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat.i) Mengkaji keperluan anda dan keluarga - Anda mesti membuat keputusan dalam menentukan keperluan utama perlindungan takaful ( takaful insurance ) kepada keluarga anda, antaranya;
a) perlindungan takaful nyawa ( takaful insurance – life)
b) perlindungan takaful hilang upaya kekal (takaful insurance ( permanent disability )
c) perlindungan takaful kesihatan ( takaful insurance – medical )
d) perlindungan takaful pesaraan ( takaful insurance – retirement )
e) perlindungan takaful pembelajaran anak-anak ( takaful insurance – education )
ii) Membuat perlindungan takaful ( takaful insurance ) keatas faktor yang paling menggugat kestabilan anda dan keluarga
iii) Membuat penilaian akan kemampuan caruman takaful ( takaful insurance ) dan jumlah perlindungan yang diperlukan
iv) memilih perunding takaful yang dipercayai, Memenuhi keperluan keluarga anda sekarang dan masa hadapan. Perunding takaful yang baik dapat memberikan pelan perlindungan takaful ( takaful insurance ) yang bersesuaian.
Panduan Penting Apabila Menyertai Pelan Takaful ( Takaful Insurance )
- Benar-benar memahami pelan takaful ( Takaful Insurance )anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
- Memastikan caruman takaful adalah berpatutan.
- Memastikan amaun perlindungan takaful ( takaful Insurance ) adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
- Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
- Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
- Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk caruman.
Perancangan Perlindungan Takaful ( Takaful Insurance ) – Pemberian Kepada Mereka Yang Tersayang
Yang muda akan menjadi tua, Yang hidup pastinya akan mati. Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari kenyataan ini. Kita mampu merancang hanya Allah yang menentukan.Kita merancang yang terbaik untuk keluarga. Dengan pekerjaan, kita mampu menyediakan rumah untuk berteduh, makanan untuk dimakan, kenderaan untuk bersiar-siar dan sebagainya. Mari merenung sejenak apakah perkara yang menyebabkan rumah, makanan dan kenderaan boleh hilang sekelip mata.
Antara perkara yang menyebabkan berlakunya masalah ini ialah:
1. Kematian ayah / ibu / abang / kakak / adik ( mereka-mereka yang menyediakan sumber kewangan kepada keluarga )
2. Hilang Upaya Kekal ayah / ibu / abang / kakak / adik (mereka-mereka yang menyediakan sumber kewangan kepada keluarga )
3. Sakit berpanjangan ayah / ibu / abang / kakak / adik ( mereka-mereka yang menyediakan sumber kewangan kepada keluarga )
Tiada siapa menduga bila musibah akan melanda. Kematian, hilang upaya kekal, sakit berpanjangan antara perkara yang mesti diambil perhatian oleh ketua keluarga. Perlindugan Takaful ( Takaful Insurance ) tidak boleh menggantikan anda sekiranya anda meninggal dunia kerana anda adalah unik. Namun begitu perlindungan takaful ( takaful insurance ) boleh mengurangkan bebanan keluarga yang ditinggalkan kerana ia menyediakan sejumlah wang untuk ahli keluarga meneruskan kehidupan.
Dengan adanya perlindungan takaful ( takaful insurance ) keluarga boleh menikmati rumah, makanan dan melansaikan hutang piutang. Pemberian Takaful kepada waris juga adalah unik. Mempunyai pemberian secara wasi ataupun hibah.
Buatlah pilihan yang bijak dengan pelan-pelan takaful yang ada di Malaysia. Pelan mestilah memenuhi keperluan dan kemampuan masing-masing.
Sumber: Takaful Malaysia.Net
0 comments:
Post a Comment