Penghantaran tablet Apple naik dua kali ganda
San Francisco: Penghantaran tablet pada peringkat global meningkat lebih dua kali ganda pada suku pertama tahun ini dan Apple kekal menjadi peneraju jualan gajet berkenaan.Keadaan itu berlaku di sebalik langkah pengeluar Asia mengeluarkan peranti yang lebih murah dan turut menyumbang kepada pertumbuhan berkenaan, menurut satu kenyataan.
iPad keluaran Apple menyumbang 19.5 juta unit, peningkatan sebanyak 65.3 peratus.
Penghantaran tablet Samsung Electronics, Asus, Amazon Inc dan Microsof juga berkembang dan meningkatkan penguasaan pasaran berbanding Apple.
Namun peningkatan terbesar dalam penguasaan pasaran datangnya daripada pengeluar Asia yang lain, yang mengeluarkan peranti yang lebih murah namun dijual secara global kepada pelanggan termasuklah di Staples, Toys R Us, Hewlett-Packard dan Toshiba, menurut penganalisis IDC, Ryan Reith kepada Reuters.
“Tiada persoalan mengenai pertumbuhan yang berada pada paras rendah di pasaran,” kata Reith.
“Terdapat 80 hingga 100 vendor yang mengedarkan jenama yang tidak dikenali di seluruh dunia, dan ini adalah sebahagian yang dapat dikesan,”.
Kebanyakan peranti berkenaan berdasarkan platform Android Google, mempunyai paparan tujuh inci dan dikuasai oleh pemproses tanpa perkhidmatan daripada pembuat cip dari Asia seperti Rockchip dan Allwinner Teknology, dan Reith menambah mereka sering memborongnya untuk kurang daripada AS$60 setiap satu.
Penghantaran tablet selain daripada lima vendor berkenaan melonjak kepada 15.5 juta unit dalam suku pertama dan menyumbang hampir satu pertiga daripada pasaran, naik daripada suku pasaran setahun lalu, menurut laporan berkenaan.
Pertumbuhan itu membantu melonjakkan penguasaan pasaran tablet yang beroperasi menerusi Android lebih tinggi daripada platform iOS Apple untuk kali pertama.
Tablet Android menyumbang 56.5 peratus daripada penghantaran pada suku Mac, berbanding dengan 39.6 peratus bagi iPad.
Tablet yang beroperasi menggunakan platform Windows dan Windows RT menyumbang 3.7 peratus daripada jumlah penghantaran. - Reuters
0 comments:
Post a Comment