Our social:

Thursday, 19 July 2012

Cuma 15 Minit, Lukisan Kanak-kanak Terjual 250 Ribu Pound Sterling

Seorang pelukis kanak-kanak menjadi jutawan baru setelah berhasil menjual 24 lukisan yang dilukisnya, dengan menghasilkan jualan sebanyak 250 ribu pound sterling.


Dalam Daily Mail, keluaran15 Julai 2012, menyatakan bahawa hal ini mungkin tidak akan menjadi luar biasa jika pelukis cilik tersebut adalah seorang dewasa. Namun, untuk kes ini, pelukisnya adalah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Kanak-kanak yang bernama Kieron Williamson memiliki mata yang lebih cerdas berbanding pelukis lainnya. Tak hairan, karya Williamson menarik minat sekelompok pecinta seni dari Brittain maupun antarabangsa .

"Sejak berusia lima tahun, hobinya melukis dengan menggunakan medium cat minyak. Sejak itu cara melukisnya mengalami peningkatan. Tapi saya pastikan ia masih seorang anak yang normal seperti pada umumnya," kata ibu beliau, Michelle Williamson.

Michelle ketika ini sedang menyiapkan buku tentang bakat anaknya itu. Selain menjelaskan kemampuan melukis anaknya, dia mengungkapkan kehidupan Williamson sehari-hari.

Disebabkan kejayaan Williamson memperoleh wang dalam jumlah besar, dia kini diintai Mini Monet. Sebelumnya, 19 lukisan kanak-kanak tersebut pertama kali dijual pada 2009 hanya berharga 14 ribu pound sterling.

Tiga bulan kemudian, dia kembali menjual 16 karya seninya itu cuma dalam 14 minit. Harganya pun mulai meningkat naik menjadi 17 ribu pound sterling.

Dan berikut ini adalah koleksi dari beberapa lukisannya :






Sumber: vivanews

 


0 comments:

Post a Comment