Our social:

Monday, 31 December 2012

7 Gelaran Terbuka Dunia Inspirasi Rakyat Malaysia

Nicol David menjulang trofi kemenangannya dalam kejohanan Terbuka British.
PADA usia 29 tahun, ratu skuasy kebangsaan Datuk Nicol David telah melakar satu pencapaian ulung yang membuatkan lawan-lawan seangkatan hanya terdaya mencemburuinya.

Sepanjang 11 tahun beraksi secara profesional, Nicol telah memenangi segala-galanya termasuk dua kejohanan berprestij tinggi yang dianggap Grand Slam dalam skuasy iaitu Terbuka Dunia dan Terbuka British.

Ini termasuk memahat rekod baharu skuasy wanita antarabangsa dengan menjulang tujuh gelaran Terbuka Dunia menerusi kejohanan di Kepulauan Cayman baru-baru ini, sekali gus memintas legenda Australia, Sarah Fitz Gerald yang sebelum ini memegang rekod terdahulu dengan lima gelaran.

Enam gelaran Terbuka Dunia sebelum ini yang dimenangi ratu skuasy negara itu bermula di Hong Kong pada 2005, diikuti Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan dua kali di Belanda (2009 dan 2011).
Malah, Nicol turut menjadi pemain pertama melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan itu sebanyak lapan kali dalam tempoh sembilan tahun.

Nicol merancang terus beraksi di gelanggang skuasy hingga ke akhir dekad atau sukan itu diterima sebagai salah satu acara Olimpik.

Kejayaannya itu telah mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa kejayaan Nicol menjadi kebanggaan 1Malaysia dan diharap sebagai inspirasi kepada semua rakyat negara ini.

Sebelum ini, selepas bebeberapa kali cuba mencapai angka ‘63’, Nicol akhirnya berjaya melakukannya dengan merangkul kejuaraan sulung pada kejohanan Terbuka Amerika di Philadelphia pada Oktober lalu.
Nicol juga menebus kekalahan kepada Raneem El Weleily pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia apabila menumpaskan pemain No. 2 dunia dari Mesir itu 14-12, 8-11, 11-7, 11-7.

Kemenangan itu membolehkan jaguh No. 1 Dunia itu mengatasi rekod dunia 62 kejuaraan Jelajah Wispa (Persatuan Skuasy Wanita) yang sebelum ini dipegang bersama dengan legenda Australia, Sarah Fitz-Gerald dan legenda New Zealand, Susan Devoy.

Nicol cemerlang dalam merangkul kejuaraan untuk musim 2012 apabila turut muncul juara dalam Kejohanan Siri Dunia pada Januari lalu, sebelum memenangi Cleveland Classic (Februari) dan Terbuka Kuala Lumpur (Mac).

Tahniah Nicol!

Artikel Penuh: Utusan

0 comments:

Post a Comment