A380 MAS mulakan penerbangan ke Hong Kong
A380 |
Penerbangan A380 dengan kapasiti penuh itu berlepas ke Hong Kong, 41 tahun selepas operasi penerbangan sulung di laluan antara kedua-dua bandar raya tersebut pada 1 Oktober, 1972, dengan menggunakan pesawat B737.
"Keputusan untuk menerbangkan A380 ke Hong Kong adalah untuk menunjukkan penawaran premium terbaharu kami dalam produk dan perkhidmatan serta keselesaan dan kemudahan yang semakin bertambah baik kepada pelanggan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutuf Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam kenyataan akhbar hari ini.
"Hong Kong mempunyai potensi besar berikutan gabungan baik pengembara perniagaan dan liburan. Saya juga percaya keahlian kami dalam perikatan Oneworld bermula 1 Februari, 2013 akan menyumbang kepada faktor muatan kami," katanya.
Ketika ini, MAS terbang dua kali sehari ke Hong Kong menggunakan pesawat A330-300 dan B737-800.
Pesawat superjumbo itu menggantikan A330-300 dan akan beroperasi bagi MH72/MH73. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment